WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran bahawa negaranya"berkemungkinan" melancarkan satu lagi serangan ke atas Iran pada Rabu malam, susulan serangan tentera AS terhadap Teheran selepas serangan ke atas kapal di Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi.
"Kami telah menyerang mereka dengan sangat hebat malam tadi, sangat, sangat hebat. Kami mungkin akan menyerang mereka dengan lebih hebat lagi malam ini.
ARTIKEL BERKAITAN: AS serang Iran, Teheran ancam tindak balas
Iran dakwa serangan AS sasar pusat pemantauan pesisiran
Semua pangkalan AS 'sasaran sah' jika terus langgar gencatan senjata - Iran
Terdahulu, Trump berkata memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dengan Iran bagi menamatkan konflik antara kedua-dua negara"sudah berakhir".
"Ia satu soalan yang sangat menarik bagi saya. Saya fikir ia sudah berakhir," katanya ketika ditanya sama ada MoU itu sudah tidak lagi berkuat kuasa. - Bernama