UDA perkasa pembangunan tanah wakaf
Iklan
Amaanee Residences dibangunkan di atas sebahagian tanah wakaf Seetee Aisah dengan kerjasama antara MAINPP serta UDA Land (North) Sdn Bhd.
UDA Holdings Berhad (UDA) terus memainkan peranan proaktif dalam memajukan tanah wakaf yang berpotensi menerusi pembangunan Amaanee Residences @ Wakaf Seetee Aisah.
Ketua Pegawai Operasi UDA Land (North) Sdn. Bhd, Ir. Shahrul Arizan Mohamad Adnan berkata, projek yang dilancarkan pada Julai 2023 itu dibangunkan di atas tanah wakaf Seetee Aisah dengan kerjasama antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan UDA.
Iklan
Iklan
“Projek perumahan ini juga merupakan kesinambungan kejayaan pembangunan Pusat Komersial Wakaf Seetee Aisah dan Taman Wakaf Seetee Aisah yang dibangunkan sebelum ini.
“Amaanee Residences yang dijangka siap pada 2027 berkonsepkan ketenangan dan kesederhanaan di samping menekankan aspek keselesaan serta aksesibiliti bagi memenuhi keperluan pembeli masa kini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Menurut beliau, pembangunan yang dilaksanakan secara berfasa menerusi pelbagai cabang seperti pusat komersial, rumah wakaf serta perumahan kos sederhana itu tidak hanya terhad dalam memenuhi keperluan masyarakat, ia juga sebahagian daripada usaha merealisasikan potensi aset wakaf demi manfaat ummah secara lebih menyeluruh dan mampan.
Ir. Shahrul Arizan
Iklan
Peranan strategik yang dilaksanakan UDA menerusi beberapa projek pembangunan secara berfasa ini turut berjaya mengangkat potensi tanah wakaf Seetee Aisah sebagai pembangunan yang memberi pulangan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Nilai tanah wakaf ini telah meningkat daripada sekitar RM34 juta kepada kira-kira RM42 juta manakala hasil tahunannya turut meningkat daripada kira-kira RM200 kepada sekitar RM3.36 juta,” katanya.
Tambah beliau, peningkatan hasil tersebut membantu memperluaskan amanah dan hasrat asal pewakaf dalam membantu lebih ramai penerima yang memerlukan menerusi pelbagai bentuk dan impak yang lebih luas.
Terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang, apartmen setinggi 40 tingkat itu menawarkan 410 unit kediaman tiga bilik tidur dan dua bilik mandi pada saiz berkeluasan 950 kaki persegi dan 1,100 kaki persegi pada harga bermula RM299,991.
Projek itu juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, taman permainan, taman asuhan kanak-kanak, tempat letak kenderaan berbumbung, dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah serta dilengkapi dengan aspek keselamatan secara berpagar dan berpengawal.
Kediaman moden yang sesuai untuk pembeli rumah pertama dan golongan profesional itu terletak di lokasi strategik, hanya beberapa minit dari Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Utara- Selatan, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dan Terminal Pengangkutan Penang Sentral.
Ia juga berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam dan institusi pendidikan seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seberang Perai, Hospital Seberang Jaya, Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya, Politeknik Seberang Perai dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh.
Bagi Mohamad Hafis Hashim, 34, ikan hiasan itu bukan sekadar hobi, sebaliknya menjadi penyelamat ketika berdepan 'ujian' hidup semasa negara dilanda pandemik Covid-19 dan kini apabila tanggungjawab menjaga ibunya yang berusia 66 tahun memerlukan komitmen sepenuh masa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786868/bisnes/ikan-sekecil-jari-nilai-ratusan-ringgit
Muzik: Creative Minds dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.