Kerjasama YKN, Public Islamic Bank diperluas perkasa TVET, kerjaya belia golongan rentan

Iklan
YKN menganjurkan Program Transformasi Dinamik dan Mindness Tour Kaunseling Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) YKN di Yan, Kedah pada 4 hingga 5 Julai lalu yang disertai 22 pelatih Program Skill Iltizam.

YAN - Kerjasama strategik antara Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) dan Public Islamic Bank Berhad (PIBB) kini diperluaskan bagi memperkasa pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) untuk membuka lebih banyak laluan kerjaya kepada belia daripada golongan rentan.

Inisiatif menerusi Program iTEKAD Kerjaya itu memberi tumpuan kepada belia daripada keluarga asnaf serta lepasan institusi kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai usaha membina masa depan yang lebih berdikari melalui latihan kemahiran dan peluang pekerjaan.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Nordina Haron berkata, usaha memperkasa golongan rentan perlu melangkaui pemberian bantuan semata-mata dengan menyediakan peluang pendidikan, latihan kemahiran dan pekerjaan yang lebih mampan.

Menurutnya, kerjasama antara YKN dan Public Islamic Bank yang sebelum ini tertumpu kepada pelbagai program kebajikan kini berkembang kepada pembangunan modal insan melalui latihan kemahiran serta peluang pekerjaan.

Iklan

"Pendekatan ini bukan sahaja membantu memenuhi keperluan semasa mereka, malah membina keupayaan untuk menjana masa depan yang lebih baik," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, program itu dilaksanakan menerusi kerjasama Public Islamic Bank Berhad dan KHTP Skills Centre melalui Program iTEKAD Kerjaya yang menawarkan Program Skill Iltizam dalam bidang Teknologi Pembuatan.

Iklan

YKN menganjurkan Program Transformasi Dinamik dan Mindness Tour Kaunseling Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) YKN di Yan, Kedah pada 4 hingga 5 Julai lalu yang disertai 22 pelatih Program Skill Iltizam.

Katanya, YKN berperanan mengenal pasti belia daripada kumpulan sasar khususnya lepasan institusi kanak-kanak JKM untuk menyertai program berkenaan, selain membiayai penyertaan pelatih menerusi Program Anjung Sinar YKN.

Menurut beliau, Program iTEKAD Kerjaya melibatkan 80 pelatih daripada keluarga asnaf di seluruh negara, manakala pembiayaan turut disokong Public Islamic Bank bersama beberapa rakan strategik termasuk institusi zakat dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

"Penglibatan KHTP Skills Centre sebagai penyedia latihan melengkapkan ekosistem kerjasama ini dengan menawarkan latihan yang memenuhi keperluan industri serta membuka laluan kerjaya kepada para pelatih.

"Kerjasama strategik seperti ini membuktikan bahawa apabila sektor awam, sektor korporat dan institusi latihan berganding bahu, lebih ramai golongan rentan dapat dibantu untuk membina masa depan yang lebih terjamin melalui peluang pendidikan, latihan kemahiran dan pekerjaan," katanya.

Nordina berkata, bagi melengkapkan pembangunan pelatih secara holistik, YKN turut menyediakan intervensi pembangunan sahsiah, kesejahteraan mental dan kemahiran insaniah sebagai pelengkap kepada latihan teknikal yang diterima.

Beliau berkata, YKN turut menganjurkan Program Transformasi Dinamik dan Mindness Tour Kaunseling Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) YKN di Yan, Kedah pada 4 hingga 5 Julai lalu yang disertai 22 pelatih Program Skill Iltizam.

Katanya, sepanjang tempoh latihan, pelatih mengikuti latihan berasaskan Teknologi Pembuatan di KHTP Skills Centre dengan kos latihan ditanggung penaja, selain menerima elaun pengajian, kemudahan penginapan, makan dan minum serta pengangkutan.

Tambah beliau, program berkenaan turut merangkumi penempatan pekerjaan dan pemantauan selama enam bulan selepas tamat latihan bagi membantu pelatih menyesuaikan diri di tempat kerja.

Dalam pada itu, Nordina mengalu-alukan lebih banyak syarikat korporat, institusi zakat dan organisasi berkaitan untuk bekerjasama dengan YKN dalam memperluaskan peluang pendidikan, latihan kemahiran, pembangunan modal insan serta akses pekerjaan kepada lebih ramai golongan rentan.