Pelakon drama kepolisan ditahan di pusat hiburan, positif dadah

Iklan
Pelakon wanita berkenaan ditahan bersama 17 individu lain ketika serbuan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal ditahan selepas disyaki positif dadah methamphetamine di sebuah pusat hiburan di ibu kota.

Pelakon wanita berkenaan ditahan bersama 17 individu lain ketika serbuan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan penahanan itu.

"Saya sahkan (penahanan) dan masih dalam siasatan," katanya ringkas ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan
Iklan