KLUANG - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 588 laporan berkaitan pelbagai kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat hari ini.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, daripada jumlah keseluruhan itu sebanyak 44 laporan polis telah dibuat.