Persidangan Dun Kelantan hanya 45 minit
Iklan
Abdullah ketika ditemui media selepas Persidangan DUN.
KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan hari ini dan mengambil masa selama 45 minit sahaja.
Persidangan tertutup yang bermula pada 9 pagi itu dihadiri oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat kecuali Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapha Mohamed atas sebab yang dibenarkan.
Iklan
Iklan
Walaupun tidak sampai satu jam, namun aspek keselamatan dan penjarakkan sosial tetap dilakukan sepanjang tempoh persidangan berlangsung terutama susun atur kerusi sejauh satu meter mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Datuk Abdullah Ya’kub ketika ditemui memberitahu, persidangan juga berjalan dengan baik dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turut memperkenan titah pembukaan persidangan kali ini dibaca oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Iklan
"Perbahasan titah diraja akan dibuat pada persidangan akan datang. Sama juga dengan semua persoalan, sama ada secara lisan atau bertulis, Insya-ALLAH akan dibuat pada persidangan akan datang.
"Persidangan juga hanya melibatkan ADUN manakala ketua agensi dan ketua jabatan tidak dijemput kali ini," katanya kepada pemberita di sini.
Iklan
Menurutnya, persidangan DUN wajib diadakan setiap enam bulan sekali dan kali terakhir dewan Kelantan bersidang pada hujung tahun lalu.
Beliau berkata, walaupun hanya melibatkan 45 minit sahaja, namun dilaksanakan sebaik mungkin bagi mengelak risiko kepada komplikasi undang-undang jika tidak dilaksanakan sebelum tarikh akhir 16 April ini.
Abdullah juga memberitahu, persidangan kali ini turut meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) iaitu RUU Taman Negara Pindaan 1938 dan RUU Kerabat Bergelar dan Datuk Bergelar.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.