Keranda Khamenei dibawa ke Dataran Azadi

Iklan
Keranda Khamenei akan dibawa ke lokasi ikonik itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat memberikan penghormatan terakhir secara terbuka. - FOTO: Reuters

TEHERAN - Ratusan ribu rakyat Iran terus membanjiri Masjid Mosalla di Teheran bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei dan ahli keluarga terdekatnya.

Orang ramai dilaporkan datang dari pelbagai wilayah di seluruh Iran untuk menyertai istiadat penghormatan yang disifatkan sebagai peluang terakhir mengucapkan selamat tinggal kepada pemimpin yang menerajui negara itu selama hampir empat dekad.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Mohamad Sabu wakili Malaysia ke upacara pengebumian jenazah Ali Khamenei

Pelbagai delegasi antarabangsa hadiri Istiadat Pengebumian Khamenei

Iklan

Pengebumian Negara Ali Khamenei bermula

Di dalam kompleks masjid berkenaan, orang ramai dilihat beratur panjang untuk memberi penghormatan di hadapan keranda Khamenei dan ahli keluarganya dalam suasana penuh emosi.

Iklan

Pihak berkuasa Iran menegaskan institusi negara yang dibangunkan sepanjang kepimpinan Khamenei kekal berfungsi seperti biasa, manakala proses peralihan kuasa berjalan tanpa sebarang gangguan.

Orang ramai dijangka terus berhimpun dalam jumlah besar sepanjang beberapa hari akan datang, dengan tumpuan utama dijangka berlangsung di Dataran Azadi (Dataran Kebebasan) di Tehran.

Keranda Khamenei akan dibawa ke lokasi ikonik itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat memberikan penghormatan terakhir secara terbuka.

Menurut jadual rasmi yang diumumkan, jenazah Khamenei akan dibawa ke bandar suci Qom pada 7 Julai sebelum diteruskan ke Iraq pada 8 Julai untuk dibawa ke bandar Kerbala dan Najaf, dua lokasi yang mempunyai kepentingan besar dalam Islam Syiah.

Pada 9 Julai, jenazah beliau dijadual dibawa ke Mashhad, bandar kelahirannya di timur laut Iran.

Mashhad juga merupakan lokasi makam Imam Kelapan dalam tradisi Islam Syiah dan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Khamenei.

Siri acara penghormatan itu dijangka menarik kehadiran jutaan rakyat Iran serta para penyokong dari dalam dan luar negara sepanjang beberapa hari akan datang. - Awani