SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa harga rumah mahal di Johor berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menyediakan kediaman mampu milik.
Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Dr Akmal menarik perhatian dengan mengemukakan fakta purata harga rumah di Malaysia, yang mana pasaran tertinggi sebenarnya direkodkan di Kuala Lumpur dan Selangor.
Beliau menjelaskan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditadbir di bawah menteri lantikan Perdana Menteri, manakala Selangor diterajui oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan sendiri oleh Anwar.
"Maka saya sertakan fakta yang YAB boleh 'google' sahaja yang menyatakan bahawa dalam Malaysia purata rumah yang mahal adalah di kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Selangor.
"Kalau dibandingkan dengan fakta itu, harga rumah di Kuala Lumpur dan Selangor jauh lebih mahal berbanding Johor, maka adakah kegagalan YAB PMX juga jauh lebih hebat dari kegagalan kerajaan Johor? Mohon pencerahan," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM
Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan
'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'
PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?
PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin
PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin
Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu
Terdahulu, media melaporkan kenyataan Anwar selaku Pengerusi PH yang mendakwa Johor yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) masih mengetepikan hal-hal kebajikan berkaitan kepentingan rakyat termasuk kegagalan menyediakan rumah mampu milik.
Kenyataan berkenaan dipercayai dikeluarkan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang sedang berlangsung.