KUCHING - Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di pusingan ‘P’ Lebuhraya Pan Borneo Sarikei-Sibu malam ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 8.30 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dikerah ke lokasi kejadian.