Trump dakwa pengaruh komunisme kembali ancam AS

Iklan
Trump ketika menyampaikan ucapan di Mount Rushmore National Memorial. - FOTO: AFP

NEW YORK– Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa identiti negara itu kini berdepan 'serangan baharu' menjelang sambutan ulang tahun ke-250 negara tersebut, sambil menyasarkan kumpulan yang disifatkan sebagai 'radikal dan ekstremis' dalam negara.

Berucap di Mount Rushmore pada Jumaat, Trump berkata, AS sedang menghadapi ancaman yang menurutnya boleh menggugat asas identiti nasional negara itu.

Iklan
Iklan

“Ketika kita menghampiri ulang tahun yang luar biasa ini, kita melihat identiti Amerika kita sedang diserang semula,” katanya.

Beliau turut merujuk kepada era Perang Dingin, dengan mendakwa wujud kebangkitan semula pengaruh komunisme di AS.

Iklan
Iklan

“Generasi selepas kita berjuang dan menang dalam Perang Dingin menentang ancaman komunisme, kini terdapat kebangkitan semula ancaman komunisme di negara kita,” katanya lagi.- AFP