TEHERAN – Ribuan hadir ke upacara pengebumian Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei secara rasmi bermula pada Sabtu di sini, lapor media Iran.
Menurutnya, pihak berkuasa menjangkakan antara 15 hingga 20 juta orang akan menyertai upacara penghormatan di Teheran dalam tempoh tiga hari akan datang bagi memperingati tokoh yang mentadbir negara itu selama lebih tiga dekad.
Iklan
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Mohamad Sabu wakili Malaysia ke upacara pengebumian jenazah Ali Khamenei
Perhatian turut tertumpu kepada pewarisnya, Mojtaba Khamenei yang dilantik sebagai pemimpin tertinggi seminggu selepas kematian bapanya, namun masih belum muncul di khalayak umum.
Di sekitar kompleks keagamaan Grand Mosalla di Teheran, ribuan orang berkumpul sambil membawa sepanduk merah yang melambangkan 'pembalasan', sementara laungan 'mati Amerika' dan 'balas dendam' bergema di kawasan berkenaan.
“Kami datang kerana berjanji akan berdiri bersama pemimpin tertinggi hingga ke akhir,” kata seorang pensyarah universiti, Reza, 37, kepada AFP.
Menurut atur cara, keranda Khamenei akan ditempatkan sehingga Isnin sebelum diarak di Teheran, seterusnya dibawa ke Qom pada Selasa, sebelum melalui beberapa bandar suci Syiah di Iraq pada Rabu dan akhirnya dikebumikan di Mashhad pada Khamis.-AFP