Manifesto PH: Bonus RM1,000 kepada bayi antara lima Inisiatif Pencetus Perubahan Johor

Iklan
Maszlee (tengah) pada sidang akhbar selepas Peluncuran Manifesto PH di Johor Bahru pada Jumaat.

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan lima Inisiatif Pencetus Perubahan Johor yang memberi fokus kepada kesejahteraan, pembangunan keluarga dan pengukuhan ekonomi, termasuk cadangan bonus RM1,000 kepada setiap bayi yang lahir di Johor.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Maszlee Malik berkata, setiap inisiatif diperkenalkan bukan sekadar janji, tetapi disusun berdasarkan perancangan jangka panjang yang mengambil kira keperluan semasa rakyat di semua peringkat.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Manifesto PH: Kurangkan 50 peratus masa menunggu di sempadan Johor-Singapura

Johor mampu jadi 'Shenzhen Asia Tenggara'

Iklan

PH mahu Johor jadi kuasa ekonomi sendiri, bukan lagi 'feeder' Singapura

"Dari aspek mobiliti rakyat, kerajaan negeri turut menawarkan pas pengangkutan awam serendah RM50 sebulan kepada pelajar, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan sistem pengangkutan lebih inklusif dan mampu milik," katanya ketika membentangkan Manifesto PH Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sini pada Jumaat.

Iklan

Hadir sama Pengarah Jentera Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari; Pengerusi PH Johor yang juga Pengerusi Amanah negeri, Aminolhuda Huda Hassan; Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching dan Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Dr Zaleha Mustafa.

Dalam masa sama, Maszlee berkata, program “Balik Johor” akan dilaksanakan bagi menarik semula anak Johor yang kini bekerja di Singapura dan luar negara untuk kembali menyumbang kepakaran kepada pembangunan negeri.

"PH turut menekankan penyelesaian isu rakyat melalui penubuhan Tribunal Hak Tanah Johor yang bertujuan mempercepatkan penyelesaian isu tanah dan pajakan yang telah lama berlarutan.

"Kesemua inisiatif itu dilihat sebagai pendekatan menyeluruh bagi memperkukuh pembangunan sosial dan ekonomi Johor, dengan penekanan kepada dasar yang boleh diukur dan dipantau rakyat," ujarnya.