Serbu beli durian tengah murah

Iklan
Peniaga menjual pelbagai jenis durian seperti IOI, kampung dan udang merah dengan harga jauh lebih murah. Foto Bernama

DI Malaysia ini, satu musim yang boleh kata selalu orang tunggu antaranya musim durian.

Mana tidaknya, buah berkulit tajam dengan bau enak itu memberi kepuasan kepada penggemarnya.

Iklan
Iklan

Ada yang buat tempoyak, serawa, bubur dan makan begitu sahaja.

Pandangan Merak Jalanan, apa yang lebih menariknya tentang musim durian ialah bila harga ditawarkan murah.

Iklan

Kalau dulu, varieti premium durian jenis musang king dan duri hitam mampu mencecah harga sekitar RM60 hingga RM80 setiap kilogram.

Kini Merak Jalanan tengok di aplikasi media sosial, peniaga menjual pelbagai jenis durian seperti IOI, kampung dan udang merah dengan harga jauh lebih murah.

Iklan

Hari ini, musang king boleh dibeli dengan harga serendah RM14/kilogram dan mungkin ada lagi rendah, begitu juga durian jenis lain terutama kampung.

Malah, ada gerai-gerai yang membuat promosi jualan secara live bagi menarik minat dengan suasana membeli yang meriah. Siap makan di situ lagi.

Bila harga murah ini boleh kata siang durian, malam durian. Mungkin itu perumpamaannya dan itulah penangan raja buah.

Kadang Merak Jalanan lihat, macam hari raya pula meriahnya orang berduyun beli durian.

Tapi, dalam kenikmatan menjamu buah tempatan ini, Merak Jalanan juga melihat suasana itu dengan budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini.

Pelbagai bangsa datang membeli, ada yang datang bawa keluarga dan rakan. Buah yang dibeli bila dibawa pulang pasti dinanti ahli keluarga lain, makan ramai-ramai.

Bila habis musimnya, tunggu lagi beberapa bulan. Itulah suasana musim buah 'istimewa' ini.