BN teruskan kempen berhemah, jangan layan serangan peribadi - KJ

Iklan
Khairy berucap pada Program Lunch Hour With KJ dan calon N.21 Parit Yaani, Datuk Mohamad Najib Samuri sempena Kempen PRN ke-16 di gerai Sup Kambing Kanopi, Sungai Besar pada Khamis. Foto Bernama

BATU PAHAT - Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu berkempen secara berhemah dan tidak melayani serangan peribadi pihak lawan yang mungkin menganggap gabungan itu sebagai ancaman.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, BN perlu mengekalkan kempen yang matang tanpa unsur hasutan atau serangan peribadi bagi meraih kemenangan.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

Iklan

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

Iklan

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

Beliau bercakap pada sidang media selepas program Lunch Hour With KJ x NS di sini pada Khamis, yang turut dihadiri calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Datuk Mohamad Najib Samuri.

 

Menyentuh mengenai pengundi muda, Khairy berkata, BN mempunyai pendekatan tersendiri untuk mendekati pengundi kali pertama berusia 18 tahun dan golongan 20-an yang mungkin tidak melalui fasa kejayaan BN sebelum ini.

"Golongan ini tidak mengenali sejarah BN, kita akan memperjuangkan hala tuju mereka dengan menyediakan beberapa inisiatif seperti peluang pekerjaan dan memiliki rumah serta bantuan untuk melanjutkan pengajian kepada mereka," katanya.

Sementara itu, Mohamad Najib berharap pengundi dapat memberi kepercayaan kepadanya berdasarkan rekod penyelesaian beberapa projek sakit di kawasan berkenaan.

"Setelah empat tahun menjadi wakil rakyat di kawasan ini, beberapa projek tertangguh telah berjaya diselesaikan antaranya pembinaan sekolah, naik taraf jalan dan terbaharu, projek tebatan banjir,” katanya.

Dalam misi mempertahankan kerusi Parit Yaani pada PRN kali ini, Mohamad Najib berdepan saingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PH) Md Ezam Md Taslim.

Sebanyak 172 calon bertanding pada PRN Johor yang akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai. - Bernama