WASHINGTON - Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, dilaporkan antara individu yang berkemungkinan dipertimbangkan untuk menerima pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Laporan itu didedahkan The Atlantic pada Isnin lalu memetik tiga sumber rapat mengenai perkara tersebut bahawa nama Jho Low dikatakan tersenarai dalam kumpulan kira-kira 250 individu yang sedang dipertimbangkan bagi pengampunan sempena sambutan ulang tahun ke-250 kemerdekaan AS.