Harga minyak dunia dijangka kekal tinggi dalam masa terdekat

Iklan
Harga minyak global dijangka kekal tinggi dalam masa terdekat, menurut Bank Pusat Rusia pada Rabu - Gambar hiasan

MOSCOW - Harga minyak global dijangka kekal tinggi dalam masa terdekat, menurut Bank Pusat Rusia pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Kebanyakan peserta bersetuju bahawa harga minyak berkemungkinan kekal tinggi dalam masa terdekat dan akan menurun secara beransur-ansur," menurut Bank Pusat itu dalam ringkasan perbincangan mengenai kadar utama.

Iklan
Iklan

Ringkasan itu menyatakan bahawa pengurangan rizab sepanjang tempoh konflik mungkin melambatkan peralihan pasaran minyak kepada lebihan bekalan. - Bernama

 

Iklan

 

 

Iklan