KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor memberi amaran kepada Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan supaya menjaga adab ketika berada di dalam Dewan Rakyat.
Beliau turut menegaskan tidak akan teragak-agak mengarahkan Mohd Sany keluar dewan sekiranya mengulangi perbuatannya yang dianggap mengganggu perjalanan mesyuarat.