Tular guna gajah di majlis awam: Perhilitan kaji semula SOP
Iklan
Abdul Kadir
SHAH ALAM - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi mengkaji serta menambah baik undang-undang, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penggunaan gajah dalam program awam.
Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya akan merujuk Unit Integriti Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Bahagian Penyiasatan Tatakelola, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu memperkemaskan SOP sedia ada secara menyeluruh dan tuntas.
Iklan
Iklan
"Jabatan kekal komited dalam memelihara khazanah hidupan liar negara dan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada masyarakat umum.
Dalam pada itu beliau menjelaskan, Perhilitan mempunyai SOP Pengendalian Program Perarakan Gajah yang berkuat kuasa sejak 31 Disember 2016.
Iklan
Menurutnya, jabatan itu menerima permohonan daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan bagi mengadakan pameran gajah dan hidupan liar sempena Program Komuniti Madani di Kampung Pasir Tumboh, Kota Bharu pada 25 Mei lalu.
Permohonan itu jelasnya, telah diteliti dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Permohonan Permit Khas yang bersidang pada 16 Jun lalu berdasarkan SOP ditetapkan.
Iklan
"Pemeriksaan kesihatan dan penentuan gajah yang dibawa dilaksanakan oleh Perhilitan, mematuhi SOP ditetapkan.
"Penilaian kebajikan gajah juga dijalankan sebelum, semasa dan selepas program, termasuk sepanjang proses pengangkutan, penyediaan serta penggunaan gajah dalam majlis," jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>