Adab perlu dibuktikan melalui tindakan, bukan kenyataan - DAP Johor
Iklan
Sheikh Umar
JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menyifatkan seruan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi supaya masyarakat Johor beradab sebagai sesuatu yang baik, namun ia perlu dibuktikan melalui tindakan dan bukan kenyataan.
Menurutnya, perdebatan secara terbuka tidak boleh dianggap sebagai perbuatan yang tidak beradab, sebaliknya ia merupakan amalan yang sihat dalam sebuah negara demokrasi.
Iklan
Iklan
Katanya, perbezaan pandangan perlu diraikan menerusi hujah, fakta dan rasa hormat, bukannya dimusuhi.
"Lebih-lebih lagi dalam konteks demokrasi dan musim pilihan raya, perdebatan yang matang memberi ruang kepada rakyat menilai idea, dasar dan kemampuan seseorang pemimpin secara terbuka. Rakyat berhak mendengar hujah daripada semua pihak sebelum membuat keputusan,"katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Sheikh Umar yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Johor mendakwa, kenyataan Onn Hafiz mengenai kepentingan adab dilihat bercanggah dengan rekod tindakan pemimpin itu sebelum ini.
"Beliau bercakap mengenai adab, tetapi pada masa yang sama pernah menggunakan gelaran yang menghina dan berbaur kebencian terhadap mereka yang mempunyai pandangan politik berbeza.
Iklan
"Jika benar beliau menjunjung nilai adab, beliau sepatutnya menjawab kritikan dengan fakta dan hujah. Bukannya menggunakan bahasa kesat, ejekan atau penghinaan terhadap pihak yang tidak sehaluan.
"Adab sebenar bukan diukur melalui slogan atau kenyataan media. Adab terserlah melalui tutur kata, kesediaan menerima pandangan berbeza, serta kematangan berhujah apabila berdepan kritikan,"katanya.
Pada Ahad, Onn Hafiz menyatakan debat terbuka antara calon pada PRN Johor bukan pendekatan yang sesuai kerana dikhuatiri mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kempen.
Pengerusi Barisan Nasional Johor itu juga dilaporkan berkata bahawa budaya politik di Johor selama ini lebih mengutamakan adab, keharmonian dan perbahasan secara tertib berbanding bertikam lidah di pentas terbuka.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.