CARACAS — Presiden interim Venezuela, Delcy Rodríguez pada Ahad mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya bagi menilai keadaan kediaman dan infrastruktur yang rosak akibat gempa berkembar yang melanda negara itu ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dipergiat setelah angka korban kini mencecah hampir 1,500 orang.
"Ia telah memulakan tugas untuk menilai sama ada rumah yang terjejas masih selamat didiami atau penduduk sudah boleh kembali ke kediaman masing-masing," katanya.