Resorts World Genting perkenal GGXC, galeri imersif baharu

Iklan
Resorts World Genting memperkenalkan Genting Guest Xperience Centre (GGXC)

GENTING HIGHLANDS - Resorts World Genting memperkenalkan Genting Guest Xperience Centre (GGXC), sebuah galeri imersif berteknologi tinggi yang menggabungkan warisan dan inovasi dalam mengetengahkan kisah luar biasa Kumpulan Genting.

Resorts World Genting dalam satu kenyataan berkata, GGXC merupakan inovasi terbaharu dalam penglibatan pengunjung yang membawa pengunjung menyusuri sejarah, teknologi dan penceritaan Kumpulan Genting.

Iklan
Iklan

Lebih daripada sekadar pameran, GGXC ialah ruang dinamik yang mengetengahkan warisan, pencapaian semasa serta aspirasi masa hadapan Kumpulan.

Clouds City, di mana paparan pemetaan unjuran pada model skala terperinci menghidupkan semula keindahan landskap Genting Highlands.

Iklan

Dengan keluasan lebih 5,700 kaki persegi, GGXC dibuka kepada orang awam secara temu janji, manakala kemasukan tanpa temu janji adalah tertakluk kepada kekosongan.

Pengunjung digalakkan membuat tempahan sekurang-kurangnya satu hari lebih awal, dengan kapasiti maksimum 15 orang bagi setiap slot.

Iklan

"Pusat ini dibuka setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang dan direka untuk pengunjung berumur 13 tahun ke atas," menurut kenyataan itu.

Clouds City, di mana paparan pemetaan unjuran pada model skala terperinci menghidupkan semula keindahan landskap Genting Highlands.

Perjalanan bermula di The Reception, di mana pengunjung disambut oleh panel LED yang memaparkan secara bergilir-gilir visual air terjun yang mengalir bersama logo Ulang Tahun ke-60 Genting serta GIVA, iaitu Genting Intellectual Virtual Assistant.

Gambaran air terjun tersebut melambangkan kesinambungan, pembaharuan dan pertumbuhan, di samping menggambarkan keindahan persekitaran semula jadi tanah tinggi yang sekian lama menjadi identiti RWG.

Zon 5, Grand Finale Show, merupakan teater imersif 180 darjah yang menjadi kemuncak pengalaman GGXC

Menurut kenyataan, melalui GIVA, pengunjung diperkenalkan kepada platform digital interaktif yang memaparkan maklumat cuaca Genting Highlands secara masa nyata.

Seterusnya, pengunjung dikehendaki mendaftar masuk pada waktu temu janji yang telah ditetapkan dengan mengimbas kod QR bersama petugas khidmat pelanggan, manakala kemasukan tanpa janji temu adalah tertakluk kepada kekosongan.

"Seterusnya, pengunjung dibawa ke Clouds City, di mana paparan pemetaan unjuran pada model skala terperinci menghidupkan semula keindahan landskap Genting Highlands.

"Pengalaman ini bermula dari Gohtong Jaya sebelum membawa pengunjung menyusuri Laluan Utama Genting secara beransur-ansur menuju ke puncak pada ketinggian 6,000 kaki dari aras laut," menurut kenyataan itu lagi.

Zon 4, Glamour Walk mengetengahkan komitmen RWG dalam mewujudkan impak positif melangkaui perniagaan terasnya.

Zon 3, yang dikenali sebagai Legacy Lens pula menawarkan penghayatan lebih mendalam terhadap asal-usul Kumpulan Genting menerusi kisah hidup dan visi pengasasnya, Tan Sri Lim Goh Tong. Paparan multimedia ini membawa pengunjung menelusuri perjalanan beliau dari China ke Malaysia serta bagaimana visinya telah mengubah kawasan pergunungan terpencil menjadi destinasi bertaraf dunia.

Tumpuan utama zon ini ialah meja interaktif yang diinspirasikan daripada meja kerja mendiang Tan Sri Lim Goh Tong.

Menampilkan artifak seperti topi putih, tongkat dan batu asas, pengunjung boleh meneroka kisah serta maklumat di sebalik setiap artifak melalui pengalaman sentuhan interaktif.

Selain itu, pengunjung juga boleh meneroka pameran pakaian seragam bersejarah yang pernah digunakan oleh kakitangan hotel dan kasino RWG, merangkumi tempoh dari tahun 1997 hingga kini.

Glamour Walk mengetengahkan komitmen RWG dalam mewujudkan impak positif melangkaui perniagaan terasnya. Zon ini memaparkan inisiatif Sains Hayat termasuk penyelidikan dan terapi perintis dalam bidang neurologi serta sel stem, di samping program Genting Bersama Malaysia yang mencerminkan tonggak Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan merangkumi tadbir urus, sokongan komuniti perniagaan, kesejahteraan masyarakat dan perlindungan alam sekitar.

"Zon ini turut menampilkan dinding interaktif yang menjadi latar pengunjung merakam kenangan dan berkongsi pengalaman di GGXC melalui media sosial.

"Sebelum memasuki teater Grand Finale, pengunjung diperkenalkan kepada sebuah kapsul masa istimewa yang mengira detik menuju tahun 2040," menurut kenyataan itu.

Di dalamnya, katanya, tersimpan mesej peribadi daripada Tan Sri Lim Kok Thay, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Genting, yang ditujukan kepada generasi masa hadapan.

Zon 5, Grand Finale Show, merupakan teater imersif 180 darjah yang menjadi kemuncak pengalaman GGXC. Pengunjung berpeluang menyaksikan dua tayangan video iaitu “Jejak Global Kumpulan Genting” yang mengetengahkan operasi Kumpulan di peringkat antarabangsa, serta video Ulang Tahun Ke-60 yang meraikan enam dekad visi, pertumbuhan dan pencapaian Kumpulan.

"Zon ini turut menampilkan papan pemuka prestasi yang memaparkan statistik pelawat secara masa nyata merangkumi hotel, taman tema dan perkhidmatan kereta kabel.

"Selepas tayangan berakhir, pengunjung boleh meneruskan penerokaan secara kendiri menerusi paparan interaktif yang memberi pemahaman lebih mendalam mengenai pelbagai perniagaan di bawah Kumpulan Genting.

"Pengalaman ini turut menonjolkan kehadiran global Kumpulan serta visi masa depannya," tambah kenyataan.

Sebagai penutup pengalaman di GGXC, pengunjung akan dibawa ke Partner Zone yang mengetengahkan komitmen Kumpulan Genting terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) menerusi instalasi interaktif dikenali sebagai Sphere.

Melalui GGXC, Resorts World Genting memperkukuh komitmen terhadap inovasi, pemeliharaan warisan, kelestarian dan penglibatan pengunjung melalui pengalaman yang menghubungkan sejarah, teknologi dan masa hadapan.