PRN Johor: Puad dakwa wujud rundingan tertutup UMNO dengan Pas

Iklan
Puad mendakwa, terdapat pemimpin UMNO yang terlalu yakin parti itu mampu mencatat kemenangan besar di Johor susulan rundingan berkenaan.

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, terdapat usaha dalam kalangan pemimpin parti itu mengadakan rundingan secara tertutup dengan Pas bagi membentuk kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), khususnya di Johor dan Negeri Sembilan.

Menurut beliau, antara persetujuan awal yang didakwa dicapai ialah Pas tidak akan meletakkan calon pada PRN Johor, sekali gus memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Iklan
Iklan

"Dalam kalangan pemimpin UMNO termasuk Datuk Megat (Setiausaha Politik Presiden UMNO) percaya rundingan itu berjaya dan UMNO akan menang besar di Johor," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Puad berkata, perkara itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat MKT UMNO pada 10 Jun lalu.

Iklan

Menurutnya, beliau bersama beberapa ahli MKT lain mengingatkan bahawa rundingan dengan Pas hanya wajar diteruskan sekiranya matlamatnya adalah untuk memenangi PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU).

"Namun jika kerjasama itu bertujuan penyatuan ummah, saya berpandangan ia tidak akan berjaya.

Iklan

"Lebih baik memberi tumpuan kepada Musyawarah Nasional yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ghani Othman," katanya.

Dalam pada itu, Puad mendakwa, terdapat pemimpin UMNO yang terlalu yakin parti itu mampu mencatat kemenangan besar di Johor susulan rundingan berkenaan.

"Ada juga yang berpandangan kalau Bossku (Datuk Najib Razak) masih di dalam semasa PRN Johor tidak mengapa. Kerjasama UMNO-Pas ini lebih besar impaknya walaupun Bossku tidak dapat membantu kempen.

"Itu punca ada pemimpin UMNO menjadi terlalu ego dan 'over confident'. Malangnya kerjasama Pas-UMNO gagal. Politik BN jadi caca marba. Ia diburukkan lagi dengan dengan barisan calon BN yang anti aspirasi orang muda, kitar semula dan mediocre," katanya.