JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) menyerahkan sepenuhnya keputusan pelantikan jawatan Menteri Besar Johor kepada kebijaksanaan dan prerogatif Sultan Johor sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Calon PH bagi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berkata, setakat ini gabungan berkenaan tidak membincangkan isu jawatan berkenaan kerana fokus utama parti adalah untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui kerja berpasukan.