KDEBWM dan TM Enviro meterai MoU, perkukuh inisiatif pengurusan e-waste

Iklan
Ramli Mohd Tahir

KDEB Waste Management (KDEBWM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama TM Enviro Industries Sdn Bhd (TM Enviro), sebuah syarikat berlesen dan diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam bidang pemulihan serta pemprosesan sisa elektronik (e-waste).

Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, ia merupakan satu langkah strategik ke arah memperkasa agenda ekonomi kitaran (circular economy) dan melengkapkan ekosistem pengurusan sisa di Selangor.

Iklan
Iklan

Menurutnya, KDEBWM akan memberi tumpuan kepada aspek 'front-en' termasuk kutipan e-waste daripada komuniti, penyediaan pusat pengumpulan, operasi logistik, program pendidikan awam dan kerjasama bersama pihak berkuasa tempatan (PBT).

"TM Enviro pula akan melaksanakan fungsi 'back-end', melibatkan pengangkutan sekunder, pemprosesan teknikal, pemulihan bahan bernilai, rawatan akhir hayat dan pelupusan mengikut piawaian Jabatan Alam Sekitar.

Iklan

"Gabungan kepakaran ini akan menghasilkan rantaian pengurusan e-waste yang lengkap, telus dan memenuhi standard antarabangsa.

"Kerjasama ini juga memperkukuhkan Program SELKitar KDEBWM. Lori SELKitar kini bukan sahaja mengutip bahan kitar semula seperti plastik, kertas dan aluminium malah turut menerima telefon bimbit, tablet, komputer riba, kabel, pengecas dan pelbagai peranti elektronik bersaiz kecil melalui perkhidmatan door-to-door," katanya ketika berucap pada Majlis MoU KDEBWM dan TM Enviro.

Iklan

Tambah Ramli, bagi peralatan elektronik bersaiz besar seperti peti sejuk, mesin basuh dan pendingin hawa, KDEBWM menyediakan pusat-pusat pengumpulan khas bagi memastikan proses pelupusan dapat dilaksanakan dengan selamat dan mematuhi kehendak JAS.

Jelasnya, pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah kebergantungan kepada tapak pelupusan, menjimatkan sumber asli dan membuka peluang kepada pembangunan industri ekonomi kitaran di negara ini.

"Inilah visi jangka panjang KDEBWM membina sistem pengurusan sisa yang bukan sahaja cekap dari sudut operasi, malah mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi hijau, pengurangan pelepasan karbon dan peningkatan kualiti hidup rakyat.

"Saya percaya, pada masa hadapan, pengurusan sisa tidak lagi hanya dinilai berdasarkan jumlah sampah yang dikutip, tetapi sejauh mana kita berjaya mengembalikan sumber tersebut kepada ekonomi," ulasnya.

Beliau turut berpendapat, walau secanggih mana teknologi yang dimiliki, kejayaan agenda ini tetap bergantung kepada penyertaan masyarakat.

"Saya menyeru agar lebih banyak agensi kerajaan, institusi pendidikan, syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO), badan komuniti dan rakyat Selangor bersama-sama menjadikan amalan pengasingan sisa dan pelupusan e-waste sebagai satu budaya.

"Sesungguhnya, menjaga alam sekitar bukan sekadar tanggungjawab kerajaan atau KDEBWM, tetapi merupakan amanah yang perlu dipikul oleh setiap daripada kita," ulasnya.