JAKARTA - Aksi Presiden Ketujuh Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi memijak kepala kerbau ketika menerima gelaran kehormat adat Lampung meraih perhatian umum dan kritikan meluas.
Foto dan video Jokowi meletakkan kakinya di atas kepala kerbau ketika upacara di Kedaton Keagungan Lampung pada Sabtu turut tular di media sosial, sekali gus mencetuskan persoalan dalam kalangan orang ramai mengenai makna ritual berkenaan dalam budaya masyarakat Lampung.
Bagi merungkai persoalan ramai, penganalisis komunikasi politik dari Universiti Esa Unggul, Jamiluddin Ritonga, menjelaskan bahawa kerbau mempunyai kedudukan yang suci dalam tradisi masyarakat Lampung.
"Kepala dan tanduk kerbau dalam tradisi tersebut memiliki makna simbolik yang kuat.
Jokowi dikatakan masih belum memberikan penjelasan khusus mengenai makna ritual itu.
Pihak penganjur juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung falsafah di sebalik prosesi yang menjadi tumpuan orang ramai.
"Tindakan memijak kepala kerbau sebagai simbol membuang sifat buruk dan lambang kerendahan hati dan kesiapsiagaan seorang pemimpin baharu untuk melindungi masyarakat di bawah naungan adat," katanya.
Ia juga menepis spekulasi yang mengaitkan ritual tersebut dengan hubungan politik Jokowi dan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang menjadi tegang selepas Pilihan Raya Presiden 2024. - Agensi