11 maut pesawat terhempas di Perancis

Iklan
Sebelas orang terbunuh apabila sebuah pesawat awam terhempas berhampiran Bandar Nancy di timur Perancis pada Ahad.

ISTANBUL - Sebelas orang terbunuh apabila sebuah pesawat awam terhempas berhampiran Bandar Nancy di timur Perancis pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar tempatan.

Pesawat itu terhempas di Bandar Tomblaine, di Wilayah Meurthe-et-Moselle, sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Nancy-Essey, menurut pihak wilayah seperti dilaporkan stesen penyiar Perancis BFM TV.

Iklan
Iklan

Kesemua 11 individu yang berada di dalam pesawat itu terkorban termasuk juruterbang serta dua kumpulan masing-masing terdiri daripada lima penerjun payung terjun yang menyertai sesi terjun udara.

Thierry Pechey, Ketua Cawangan Meurthe-et-Moselle bagi Persatuan Jururawat Bebas, memberitahu BFMTV yang mangsa dipercayai termasuk jururawat bebas yang menyertai satu program pengenalan, bersama jurulatih terjun udara.

Iklan

Menteri Dalam Negeri Laurent Nunez dijangka melawat lokasi nahas pada lewat Ahad, menurut pejabatnya.

Penguasa Wilayah Meurthe-et-Moselle Yves Seguy berkata beliau mengaktifkan pusat operasi jabatan bagi menyelaras perkhidmatan kecemasan serta memantau operasi tindak balas secara masa nyata.

Iklan

Polis menggesa orang ramai agar mengelakkan kawasan sekitar Rue Salvador Allende di Tomblaine bagi membolehkan pasukan penyelamat dan penguat kuasa menjalankan tugas tanpa sebarang halangan di lokasi nahas. - Bernama