CARACAS - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berdepan detik ajaib apabila berjaya diselamatkan selepas terperangkap selama 72 jam di bawah runtuhan bangunan selepas gempa berkembar menggegar Venezuela pada Rabu lalu.
Pengumuman itu dibuat Presiden interim, Delcy Rodriguez menerusi catatan di platform X selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki fasa genting dengan harapan untuk menemukan lebih ramai mangsa yang masih hidup semakin tipis.