Mayat dalam beg pakaian: Dibunuh kejam gara-gara bayaran RM62

Iklan

BANGKOK -"Kematian mangsa adalah di luar kawalan saya".

Kenyataan itu dibuat lelaki warga Australia, Simon Peter Carman, 45, yang diberkas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi ketika cuba meninggalkan Thailand pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Penahanan Carman dibuat selepas mayat remaja perempuan berusia 17 tahun dikenali sebagai Tunchanok Donhomla ditemui dalam keadaan bogel di dalam beg pakaian yang dibuang berhampiran landasan kereta api.

Carman kini berdepan empat pertuduhan membunuh, menyembunyikan mayat, mengalihkan atau memusnahkan mayat dan membawa remaja bawah umur untuk tujuan seksual.

Iklan

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek bersama mangsa ketika dibawa pulang ke sebuah hotel di Pattaya. Foto Agensi

Suspek bagaimanapun menafikan kesemua dakwaan itu dan memberi alasan dia bertindak untuk mempertahankan diri kerana mangsa mengancamnya dengan senjata tajam.

Iklan

Menurut laporan media tempatan, kedua-duanya pada mulanya bersetuju dengan bayaran sebanyak 1,000 baht (RM123), namun pertengkaran tercetus selepas suspek mengurangkan bayaran kepada 500 baht (RM62).

Suspek kini ditempatkan di Penjara Pattaya sementara siasatan lanjut dijalankan. - Agensi