AS-Iran berbalas serangan, konflik kembali memuncak

Iklan
Iran melancarkan serangan terhadap beberapa kedudukan AS di rantau Teluk sebagai tindak balas terhadap serangan udara Washington. - FOTO: Imej janaan AI

TEHERAN – Iran melancarkan serangan terhadap beberapa kedudukan Amerika Syarikat (AS) di rantau Teluk sebagai tindak balas terhadap serangan udara Washington, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di Asia Barat.

Media rasmi Iran melaporkan serangan itu berlaku selepas AS menuduh Teheran menyerang sebuah kapal kargo di Selat Hormuz, laluan strategik minyak dunia yang menjadi tumpuan utama konflik serantau.

Iklan
Iklan

Komando Pusat AS (CENTCOM) berkata, operasi ketenteraan terbaharu mereka menyasarkan tapak peluru berpandu, dron serta kedudukan radar pesisir Iran.

Mereka menyifatkan operasi tersebut sebagai 'tindak balas tegas' terhadap serangan ke atas kapal dagang yang melalui Selat Hormuz.

Iklan

Presiden AS, Donald Trump sebelum itu mengecam insiden tersebut dan menyifatkannya sebagai pelanggaran jelas terhadap perjanjian gencatan senjata antara kedua-dua pihak.

“Ini jelas pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata kita,” katanya.

Iklan

Naib Presiden AS, JD Vance turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan lanjut akan dibalas dengan kekerasan.

Tidak lama selepas itu, media Iran melaporkan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mendakwa mereka telah menyerang kedudukan tentera AS di Teluk sebagai tindak balas terhadap serangan AS.

“Sekiranya pencerobohan ini berulang, tindak balas kami akan menjadi lebih luas,” menurut kenyataan IRGC yang dipetik media kerajaan. -AFP