'Jadilah isteri yang sentiasa bersabar' - Pesan Bella buat Didi Astillah

Iklan
Didi selamat bergelar isteri kepada Diniey dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Cyberjaya.

PENYANYI, Didi Astillah sah bergelar isteri kepada kepada Diniey Ng tepat jam 10.06 pagi pada tarikh yang unik, 26.6.26.

Dalam majlis tertutup yang berlangsung di Cyberjaya, Didi atau mana penuhnya Dayang Nazilah Awang Astillah dinikahkan sendiri bapanya, Awang Astillah.

Iklan
Iklan

Dengan hanya sekali lafaz, Didi selamat bergelar isteri kepada Diniey atau nama lengkapnya Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey.

Dengan hanya sekali lafaz, Didi selamat bergelar isteri kepada Diniey atau nama lengkapnya Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey.

Iklan

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan lima dulang hantaran manakala pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Didi dalam hantaran di Instagram mengucapkan syukur atas kelancaran majlis dan menghargai doa-doa yang dititipkan buat mereka berdua.

Iklan

"Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Didi telah sah menjadi isteri kepada Diniey. Terima Kasih semua yang telah mendoakan kami," titipnya.

Sementara itu, dalam temu ramah, Bella seakan tidak percaya adiknya akan bergelar isteri.

Didi Astillah sah bergelar isteri kepada kepada Diniey Ng tepat jam 10.06 pagi pada tarikh yang unik, 26.6.26.

"Kak Long sentiasa mendoakan kebahagiaan adik. Dari kecil kita sama-sama, tak sangka adik akan jadi isteri orang.

"Semoga adik bahagia bukan sahaja ke hari tua tetapi sampai ke jannah, insya-ALLAH," katanya.

Dalam pada itu, Bella turut menitip pesan buat Didi sempena hari bahagianya.

"Ia tidak mudah, tetapi percayalah kita mencari pasangan bukan sebab hendak jadi sempurna tetapi ada seseorang yang boleh membimbing dan hidup ke hari tua.

"Jadilah isteri yang sentiasa bersabar dan menyayangi suami, bersama dalam apa juga keadaan susah serta senang. Jadilah isteri yang baik," kongsinya.

Sekadar info, Didi dan Diniey terdahulu melangsungkan pertunangan pada Januari lalu. - SinarPlus