Sangka rakan jelmaan hantu, lelaki bunuh dengan tukul besi

Iklan
Polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Foto Bangkok Post

KHON KAEN - Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa membunuh rakannya dengan memukul kepala dan badan mangsa menggunakan tukul besi kerana menyangka mangsa merupakan hantu dalam kepercayaan masyarakat Thai, Phi Pop.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada Rabu di sebuah pondok di kawasan ladang di daerah Nam Phong, wilayah Khon Kaen, suspek dikenali sebagai Wichan, 59, didakwa menyerang rakannya, Banjong, 57, kira-kira 20 kali pada bahagian kepala dan badan.

Iklan
Iklan

Mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Nam Phong sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Nam Phong, Kolonel Polis Chumphon Buachum, Wichan dan Banjong dipercayai menghabiskan masa minum arak putih bersama sejak waktu pagi di pondok berkenaan.

Iklan

Bagaimanapun, pertengkaran tercetus sebelum Wichan menuduh Banjong sebagai Phi Pop.

Wichan kemudian mengambil tukul dari dalam pondok dan menyerang mangsa berulang kali sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Iklan

Polis merampas tukul yang dipercayai digunakan dalam serangan serta beberapa barangan lain sebagai bahan bukti.

Wichan ditahan di lokasi kejadian sekitar jam 7 petang tanpa sebarang tentangan sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Dia kini berdepan pertuduhan menyebabkan kematian, manakala siasatan lanjut masih dijalankan mengikut proses undang-undang. - Agensi