Gempa bumi kuat bermagnitud 6.6 gegar Filipina

Iklan
Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter menggegar perbandaran Sarangani di Wilayah Davao Occidental, Filipina. Foto Agensi

FILIPINA - Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter menggegar perbandaran Sarangani di Wilayah Davao Occidental, Filipina pada 7.34 malam Jumaat, menurut Agensi Berita Filipina (PNA) menerusi laman Facebook miliknya.

PNA yang memetik Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) melaporkan bahawa pusat gempa dikesan di kedudukan 90 kilometer (km) barat daya Pulau Balut pada kedalaman 10km.

Iklan
Iklan

"Gegar penghujung dijangka berlaku namun Phivolcs memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami akibat gempa bumi berkenaan," menurut hantaran PNA itu.- Bernama