Guru ditahan bantu siasatan amang seksual pelajar lelaki

Iklan
Seorang guru ditahan polis bagi membantu siasatan selepas disyaki terbabit dalam kes amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki sebuah sekolah di daerah ini. Gambar kecil: Mohd Nasyim

TEMERLOH – Seorang guru ditahan polis bagi membantu siasatan selepas disyaki terbabit dalam kes amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki sebuah sekolah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, guru lelaki berusia 38 tahun itu telah ditahan 16 Jun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, susulan penahanan suspek yang merupakan guru di salah sebuah sekolah di daerah ini, polis turut dirampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan untuk merakam perbuatan berkenaan.

"Berdasarkan laporan diterima, mangsa mendakwa suspek melakukan gangguan amang seksual terhadapnya sejak tahun lalu di sebuah rumah di kawasan Kuala Krau di sini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Mohd Nasyim berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan jika disabitkan dengan kesalahan.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk arahan lanjut sebaik siasatan dilengkapkan.

Iklan

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes yang sedang disiasat itu.

Terdahulu, pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial yang membangkitkan dakwaan berhubung kejadian berkenaan dan mengesahkan siasatan telah dijalankan.