Adinda Sultan Selangor mangkat

Iklan
Almarhum Tengku Putri Arafiah, 72, mangkat pada kira-kira jam 10.15 pagi kerana sakit tua.

SHAH ALAM -  Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau, di Seksyen 12, di sini, hari ini.

Sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara itu berkata, Almarhum Tengku Putri Arafiah, 72, mangkat pada kira-kira jam 10.15 pagi kerana sakit tua.

Iklan
Iklan

"Jenazah Almarhum Tengku Putri Arafiah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk disolatkan selepas solat Jumaat.

"Majlis pemakaman dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5, di sini,” menurut sumber tersebut.

Iklan

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka berangkat bagi menunaikan solat jenazah di masjid berkenaan.

Turut dijangka berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. - Bernama 

Iklan