Puad Zarkashi dakwa UMNO Johor jadi pak turut, boneka
Iklan
Mohd Puad
PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi mengumumkan tindakan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta hari ini, sekali gus menamatkan keahliannya dalam parti itu yang disertainya sekian lama.
Dalam kenyataan terbuka di laman Facebooknya pada pagi Khamis, beliau menyatakan keputusan tersebut dibuat tanpa sebarang paksaan atau pertimbangan berat, sebaliknya sebagai pendirian peribadi yang telah diputuskan.
Iklan
Iklan
Menurut Puad, langkah itu juga bertujuan membolehkan beliau menyuarakan pandangan secara lebih bebas terhadap parti berkenaan tanpa terikat dengan disiplin atau tafsiran sebagai menyerang dari dalam.
"Ia juga memudahkan saya berbeza pandangan tanpa dituduh menikam parti dari belakang. Kini saya bebas mengkritik UMNO satu wadah yang saya sayangi dan hormati untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia," jelas beliau.
Iklan
Puad turut menolak tuduhan beliau mengambil keputusan itu atas kepentingan diri sendiri.
"Buat apa saya keluar ketika UMNO dilihat kuat sehingga mahu berlawan solo di 56 kerusi. Saya tinggalkan UMNO di saat KJ (Khairy Jamaluddin), Datuk Seri Hishamuddin, Tun Hussien, Tan Sri Noh Omar kembali masuk UMNO bila melihat parti tambah kuat. 
Iklan
"Maka siapa yang ada kepentingan. Mereka atau saya?" soal bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu. 
Jelas beliau, alasan utamanya keluar parti itu ialah adalah disebabkan UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan selain memdakwa UMNO Johor dikawal dalam membuat keputusan.
Mengakui bakal berdepan dengan kecaman dan keselamatan yang terancam, Puad berkata, beliau bersedia bertempur dalam apa jua keadaan berbekalkan keberanian politik. 
"Saya tidak mahu UMNO dipimpin oleh 'pengecut politik' sehingga menyebabkan calon BN diketawakan sebagai kitar semula, tiada aspirasi orang muda dan 'mediocre'. 
"Saya bertawakal kepada ALLAH SWT. Kaulah pelindung yang tidak ada tolok bandingnya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes mahkamah tidak ganggu persiapan Akmal hadapi PRN"><meta itemprop="description" content="Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak terjejas bagi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh walaupun berdepan kes mahkamah yang masih belum selesai selepas menunggu selama setahun.
Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tempoh setahun berdepan situasi itu menjadikan dirinya lebih bersedia daripada segi mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sama ada dapat meneruskan hasrat mempertahankan kerusi yang disandang pada PRN akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801980/berita/politik/kes-mahkamah-tidak-ganggu-persiapan-akmal-hadapi-prn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T03:57:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gNiyU1gti-eB40mB-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbr84da"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbr84da"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbr84da"></script>