JOHOR BAHRU– Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan diberi kepercayaan untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Pengumuman pencalonan beliau dibuat Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Pejabat UMNO Johor pada Rabu.
Iklan
Iklan
Mohd Sumali yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) membuat kemunculan pertama sebagai calon dalam PRN kali ini, dan dilihat sebagai antara pertaruhan baharu BN bagi mengekalkan pengaruh di kawasan berkenaan.
Kerusi DUN Benut sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad yang juga bekas Menteri Besar Johor.
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu telah memegang kerusi Benut sejak Pilihan Raya Umum 2008 dan berjaya mempertahankannya pada 2013, 2018 dan 2022.