Isu akses pendidikan tinggi: Haim Hilman dihadap ke mahkamah esok

Iklan
Haim Hilman

ALOR SETAR - Exco Pengajian Tinggi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah bakal berhadapan pertuduhan di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis berhubung isu akses pendidikan tinggi yang dibangkitkan sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra itu menerusi hantaran di Facebook memaklumkan beliau akan hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi bagi menghadapi pertuduhan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya akan hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada 25 Jun 2026 jam 9 pagi bagi menghadapi pertuduhan berkaitan isu akses pendidikan tinggi yang saya bangkitkan demi mempertahankan hak anak-anak Malaysia, khususnya daripada keluarga miskin B40 dan M40.

"Insya-ALLAH saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada proses perundangan dan akan terus bersuara sehingga kebenaran ditegakkan serta peluang pendidikan yang adil untuk anak-anak Malaysia tanpa mengira bangsa, terbela," katanya.

Iklan

Haim Hilman sebelum ini menegaskan tidak akan menarik balik pendiriannya berhubung dakwaan kemasukan pelajar ke Universiti Awam menerusi saluran terbuka atau diistilahkan sebagai 'pintu belakang'.

Iklan

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk memberikan penjelasan berdasarkan data, fakta dan bukti sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah.

Terdahulu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan sedang meneliti tindakan undang-undang bagi mempertahankan integriti sistem pendidikan tinggi negara.