PUTRAJAYA - Kes rasuah projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta dan pengubahan wang haram (AMLA) dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; isterinya, Betty Chew dan ahli perniagaan, Phang Li Koon akan diteruskan selepas Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, menolak rayuan mereka untuk membatalkan pertuduhan tersebut.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang sebelum ini menolak permohonan sama.
Iklan
Iklan
Ketika membaca keputusan sebulat suara, Noorin berkata, mahkamah mendapati keputusan Mahkamah Tinggi adalah tepat dan tiada alasan untuk mencampuri dapatan tersebut.
Pada 3 Mei 2024, Mahkamah Tinggi menolak permohonan ketiga-tiga perayu untuk membatalkan pertuduhan berkenaan, dengan menyatakan doktrin autrefois acquit atau peraturan terhadap pendakwaan berganda yang dihujahkan oleh pihak pembelaan tidak terpakai kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Pada 26 Mei 2023, Guan Eng, Betty dan Li Koon memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram atas alasan pihak pendakwaan menggunakan keterangan daripada kes terdahulu membabitkan pembelian banglo oleh Guan Eng di Jalan Pinhorn, walaupun beliau dibebaskan dan dilepaskan pada 2018.
AKAN MENYUSUL
Artikel Berkaitan