Bas bawa 32 pelajar kolej terbabas

Iklan
Bas membawa 32 pelajar kolej terlibat kemalangan di KHTP, Kulim, Kedah.

KULIM - Seorang pemandu bas cedera di kepala manakala 32 pelajar kolej terselamat apabila kenderaan dinaiki terbabas dalam kejadian kira-kira 7.35 pagi di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, pemandu bas, berusia 40-an telah dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua 32 pelajar dari sebuah kolej kemahiran di Kulim Hi Tech Park (KHTP) di sini dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, kemalangan berlaku di jalan Lebuh KTC dari Taman KTC1 menghala ke KHTP di mana bas dipercayai terbabas sendiri.

Iklan

Menurutnya, akibat kejadian, bas terbabit telah memasuki laluan bertentangan.

Syamsul berkata, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian.

Iklan