Ramai masih takut kerusi doktor gigi?

Iklan
Fobia terhadap doktor gigi atau dentophobia akibat trauma rawatan zaman dahulu memang biasa berlaku. Foto hiasan

MINGGU lepas, seorang rakan Merak Jalanan akhirnya memberanikan diri ke klinik gigi untuk menampal gigi yang rosak. Mendengar ceritanya, Merak Jalanan teringat betapa ramai sanggup menahan sakit berhari-hari semata-mata takut berjumpa doktor gigi.

Lebih mengejutkan, itu merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke klinik gigi sejak dewasa. Kali terakhir katanya ketika darjah enam!

Iklan
Iklan

Merak Jalanan nak kongsikan fobia cabut gigi sememangnya wujud. Ada yang berpeluh, menggigil dan tidak lena tidur hanya kerana membayangkan kerusi doktor gigi.

Namun, apa yang Merak Jalanan kagum ialah bagaimana bidang pergigian hari ini sudah jauh berubah berbanding zaman dahulu. Masih ramai yang membayangkan pengalaman ngeri puluhan tahun lalu sedangkan kaedah rawatan kini jauh lebih moden dan mesra pesakit.

Iklan

Rakan Merak Jalanan sendiri berkongsi bahawa rawatan dia jalani tidak ambil masa lama. Tidak sampai sejam, dia sudah boleh makan seperti biasa. Kalau dahulu, jenuh juga kita mengemam tisu sampai malam selepas rawatan.

Merak Jalanan suka bila doktor terangkan setiap proses dengan jelas. Rupanya kini terdapat kaedah tampalan gigi guna bahan berwarna putih yang boleh dikeraskan serta-merta guna lampu khas.

Iklan

Sebenarnya, fobia terhadap doktor gigi atau dentophobia akibat trauma rawatan zaman dahulu memang biasa berlaku. Namun teknologi hari ini direka khas untuk mengurangkan punca ketakutan tersebut.

Merak Jalanan ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mengatasi ketakutan sendiri dan mendapatkan rawatan. Kadang-kadang yang paling menakutkan bukanlah doktor gigi, tetapi ketakutan yang kita simpan dalam fikiran sendiri.