Ini mungkin masa Shuhaily kena dakwa...

Iklan
Mohd Shuhaily (depan kanan) bersama peguamnya ketika tiba di Kompleks Mahkamah Sepang pada Rabu bagi menghadapi dua pertuduhan berhubung dakwaan mengasari dua anggota polis di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto: Bernama

PENDAKWAAN terhadap penjawat awam bukan perkara baharu dalam negara ini. Namun, kes melibatkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sememangnya menarik perhatian ramai.

Beliau berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Terminal 1, KLIA.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan mengakui agak terkejut dengan pendakwaan tersebut, bukan kerana beliau seorang pegawai kanan kerajaan, tetapi kerana insiden itu didakwa berlaku ketika semua pihak yang terlibat sedang menjalankan tugas menjaga keselamatan negara di salah satu pintu masuk negara.

Hakikatnya, penjawat awam yang didakwa di mahkamah bukan sesuatu luar biasa. Kita sering disajikan pelbagai kes melibatkan salah laku atau salah guna kuasa. Namun, kes ini berbeza kerana ia berlaku dalam situasi tugasan rasmi yang diamanahkan sebagai pegawai kerajaan.

Iklan

Kes Shuhaily juga mengingatkan Merak Jalanan kepada peristiwa melibatkan anggota polis, Sarjan Jenain Subi yang pernah didakwa selepas insiden tembakan ke atas remaja Aminulrasyid Amzah pada 2010.

Walaupun disabitkan hukuman penjara selama lima tahun peringkat awal, beliau kemudiannya dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi menerima rayuannya.

Iklan

Kedua-dua kes memperlihatkan bagaimana individu yang menjalankan tugas turut tidak terlepas daripada proses perundangan jika berlaku kesalahan. Inilah bukti undang-undang tidak memilih pangkat atau kedudukan.

Akhirnya, biarlah mahkamah menjadi medan menentukan kebenaran. Jangan sampai penghakiman dibuat lebih awal di media sosial sebelum fakta sebenar diputuskan.