Dua lelaki diberkas curi minyak enjin motosikal di stesen minyak

Iklan
Mohd Akmalrizal Radzi

KUALA LANGAT – Dua lelaki tempatan diberkas kerana disyaki mencuri tiga botol minyak enjin motosikal di sebuah stesen minyak di Kanchong, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan berusia 31 tahun yang bekerja di stesen minyak berkenaan pada jam 4.01 petang.

Iklan
Iklan

“Pengadu memaklumkan menerima aduan daripada seorang pekerja stesen minyak mengenai seorang lelaki yang mengambil tiga botol minyak enjin motosikal berkapasiti satu liter sebelum keluar dari premis tanpa membuat sebarang pembayaran,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Akmalrizal berkata, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek memakai cermin mata hitam, baju berlengan pendek berwarna hitam dan seluar jeans.

Iklan

“Suspek didapati mengambil minyak enjin tersebut dari rak jualan sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi,” katanya.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat orang awam, polis berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an hingga awal 50-an di Medan Selera Selera Tujuh, Majlis Perbandaran Kuala Langat, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Iklan

“Siasatan awal percaya kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan, manakala seorang lagi suspek masih bebas dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

“Susulan tangkapan itu, satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” ujarnya.

Mohd Akmalrizal turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan,” katanya.