Simpan 1,070 pil yaba dalam Axia

Iklan
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lebih 1,070 pil yaba ketika pemeriksaan jalan raya di Jalan Kampung Paloh, Bukit Panau, Tanah Merah. Foto hiasan

TANAH MERAH -Tindakan seorang lelaki menyimpan lebih 1,070 pil yaba bernilai RM10,700 di dalam kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya membawa padah apabila dia ditahan anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dalam pemeriksaan jalan raya di Jalan Kampung Paloh Bukit Panau di sini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, suspek ditahan oleh anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) dalam operasi yang dijalankan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut ke atas kereta yang dipandu suspek menemukan satu bungkusan plastik lutsinar mengandungi air ketum disyaki mengandungi mitragynine dengan isipadu kira-kira 500 mililiter.

"Air ketum itu ditemukan di bahagian tempat kaki penumpang belakang sebelah kiri kenderaan tersebut.

Iklan

Ujar beliau, hasil pemeriksaan mendapati keseluruhan rampasan melibatkan 1,070 biji pil yaba terdiri daripada 1,058 biji pil berwarna merah dan 12 biji pil berwarna hijau dengan anggaran berat keseluruhan 107 gram.

Tambahnya, kesemua barang kes dirampas dan suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung pemilikan dadah jenis yaba serta air ketum.

Iklan

Menurut beliau, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta peruntukan undang-undang lain yang berkaitan," katanya.