PM Britain letak jawatan

Iklan
Starmer memberi jaminan peralihan kuasa yang lancar kepada penggantinya. - Foto Agensi

LONDON - Keir Starmer akhirnya mengumumkan pengunduran beliau sebagai Perdana Menteri Britain pada Isnin selepas berdepan desakan supaya meletak jawatan.

Starmer, 63, turut melepaskan peranannya sebagai pemimpin Parti Buruh selepas memaklumkan tentang keputusan itu kepada Raja Charles III.

Iklan
Iklan

"Pengganti saya akan dipilih sebelum Parlimen bersidang semula pada September depan, saya akan memastikan proses peralihan kuasa berjalan lancar," katanya ketika membuat pengumuman itu di Downing Street.

Starmer memaklumkan, beliau akan kekal memegang jawatan Perdana Menteri sehingga proses pemilihan pemimpin baharu selesai.

Iklan

"Saya juga akan memberi sokongan penuh tanya syarat. Beliau akan mengambil alih Britain yang lebih kukuh dan stabil berbanding ketika saya mula memegang jawatan, dua tahun lalu," ujarnya.

Beliau dilantik sebagai pemimpin Parti Buruh pada April 2020 dan dipilih sebagai Perdana Menteri pada 5 Julai 2024 susulan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum.

Iklan

Keputusan pengundurannya bermakna Britain bakal mempunyai Perdana Menteri Ketujuh sejak 2016. - Agensi