Bukit Fraser destinasi pemerhatian burung antarabangsa terbaik rantau Asia Tenggara

Iklan
Kumpulan peserta merakam pelbagai spesies burung yang ditemui di sekitar kawasan Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser Kali Ke-37.

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang akan terus memposisikan Bukit Fraser yang terkenal sebagai syurga pemerhati burung sebagai destinasi pemerhatian burung bertaraf antarabangsa dan ikon ekopelancongan di negeri ini.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man berkata, ia seiring dengan peningkatan minat terhadap aktiviti ekopelancongan, pelancongan berasaskan alam semula jadi dan pemerhatian burung dalam kalangan pelancong domestik serta antarabangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkembangan itu dibuktikan berdasarkan peningkatan jumlah penyertaan dan kehadiran pengunjung pada Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser Kali Ke-37 yang berlangsung di lokasi pelancongan itu pada Sabtu serta Ahad lalu.

"Pertandingan berprestij yang anjurkan secara konsisten sejak 38 tahun lalu itu turut menarik penyertaan lebih 50 peserta antarabangsa dari 17 negara seperti Kemboja, China, Jerman, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Nepal, Belanda, New Zealand, Filipina, Singapura, Amerika Syarikat, Venezuela dan Vietnam," katanya.

Iklan

Bukit Frazer menerima kehadiran pelbagai spesies burung migrasi dari kawasan utara Asia termasuk Siberia dan Asia Timur.

Yu Man berkata, Bukit Fraser terus dipilih sebagai lokasi rasmi pertandingan berikutan reputasinya sebagai antara destinasi pemerhatian burung terbaik di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Iklan

Menurutnya, lebih 250 spesies burung termasuk pelbagai spesies endemik tanah tinggi dan burung migrasi telah direkodkan di kawasan tanah tinggi yang kaya dengan biodiversiti itu.

Peserta merakam gambar bersama sempena Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser Kali Ke-37.

"Setiap tahun, kawasan ini menerima kehadiran pelbagai spesies burung migrasi dari kawasan utara Asia termasuk Siberia dan Asia Timur yang berhijrah bagi mengelakkan musim sejuk yang ekstrem serta mencari habitat dan sumber makanan yang lebih sesuai.

"Kehadiran pelbagai spesies burung itu menyumbang kepada kepelbagaian biodiversiti yang menjadi tarikan utama kepada komuniti pemerhati burung dari seluruh dunia," ujarnya.

Kehadiran pelbagai spesies burung itu menyumbang kepada kepelbagaian biodiversiti yang menjadi tarikan utama kepada komuniti pemerhati burung dari seluruh dunia.

Selain itu katanya, keunikan ekosistem Bukit Fraser yang dikelilingi hutan hujan tropika serta persekitaran tanah tinggi yang masih terpelihara menjadikannya lokasi yang ideal untuk aktiviti pemerhatian burung.

Menurut beliau lagi, penganjuran Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser 2026 bukan sahaja sebagai platform rekreasi, pendidikan dan penghargaan terhadap alam semula jadi malah turut menyumbang kepada usaha pemuliharaan biodiversiti, penyelidikan saintifik serta pembangunan sektor ekopelancongan negeri secara mampan.

Pertandingan berprestij yang anjurkan secara konsisten sejak 38 tahun lalu itu turut menarik penyertaan lebih 50 peserta antarabangsa dari 17 negara.

"Program ini menjadi medium penting dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara Tourism Pahang, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan, pemain industri dan komuniti pencinta alam dalam usaha mempromosikan kelestarian alam sekitar.

"Seiring dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 – Pahang 1st, Tourism Pahang akan terus memperhebat usaha mempromosikan keunikan khazanah alam semula jadi negeri ini sebagai pemangkin pertumbuhan sektor pelancongan," ujarnya.

Peserta merakam pelbagai spesies burung yang ditemui di sekitar kawasan Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser Kali Ke-37.