Nak bersalin pun perlu hadiri kelas?

Iklan
Golongan muda yang bakal menimang cahaya mata ini sebenarnya wajar diberikan pendedahan awal seperti kelas persediaan bersalin atau lebih dikenali sebagai kelas antenatal.

PADA masa kini, golongan Gen Z ialah mereka yang berumur sekitar 14 hingga 29 tahun.

Ini bermakna ramai dalam kalangan mereka yang berumur 20 tahun ke atas kini sedang melangkah ke alam perkahwinan dan bakal bergelar ibu bapa.

Iklan
Iklan

Golongan ini sering dianggap terlalu bergantung kepada teknologi, kurang pengalaman hidup dan gemar mencari maklumat melalui media sosial.

Namun di sebalik tanggapan itu, mereka sebenarnya mempunyai banyak kelebihan seperti kreatif, cepat belajar, berfikiran terbuka dan mudah menyesuaikan diri dengan perubahan.

Iklan

Kali ini Merak Jalanan nak fokus kepada satu perkara penting — keibubapaan. Terutama kepada ibu Gen Z yang sedang hamil.

Golongan muda yang bakal menimang cahaya mata ini sebenarnya wajar diberikan pendedahan awal seperti kelas persediaan bersalin atau lebih dikenali sebagai kelas antenatal.

Iklan

Kelas antenatal ialah kelas persediaan untuk ibu dan bapa sebelum kelahiran bayi. Dalam kelas ini, peserta akan didedahkan dengan ilmu berkaitan kehamilan, proses bersalin, penjagaan bayi, penyusuan susu ibu serta aspek kesihatan mental selepas melahirkan anak.

Mungkin ada yang bertanya, “Nak bersalin pun kena pergi kelas ke?” Jawapannya, ya — kalau boleh, sangat digalakkan.

Proses melahirkan anak bukan perkara kecil.

Proses melahirkan anak bukan perkara kecil. Walaupun maklumat boleh dicari di internet, pengalaman belajar secara bersemuka bersama doktor pakar adalah sangat berguna.

Banyak perkara praktikal yang tidak cukup hanya dengan menonton video pendek atau membaca perkongsian di media sosial.

Oleh itu, jom hadiri kelas antenatal anjuran SinarPlus di Dewan Karangkraf, Shah Alam yang dijadualkan pada 28 Jun ini. Untuk maklumat lanjut, hubungi hotline 012-560 7484 (Zaiton). Daftar segera, tempat terhad!