JERUSALEM – Beberapa bandar utama di Israel menyaksikan demonstrasi besar-besaran pada Sabtu bagi mendesak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meletak jawatan serta membantah dasar-dasar kerajaan pimpinannya.
Akhbar Haaretz melaporkan ratusan penunjuk perasaan berkumpul di beberapa lokasi di seluruh negara, manakala kira-kira 1,000 orang menyertai perhimpunan utama di Dataran Habima, Tel Aviv.