Polis siasat kematian warga emas di pusat jagaan

Iklan
Polis menjalankan siasatan berhubung kematian seorang lelaki warga emas di sebuah pusat jagaan.

SUNGAI PETANI - Polis menjalankan siasatan berhubung kematian seorang lelaki warga emas di sebuah pusat jagaan di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian menimpa lelaki berusia 64 tahun dari pusat berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Laporan kita terima dari pusat jagaan, umur mangsa 64 dan disahkan meninggal dunia di pusat berkenaan.

Iklan

"Kita mengesan terdapat lebam tapi kesan itu tidak menyebabkan kematian, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Dalam masa sama jelas beliau, polis turut merakam keterangan daripada individu berkaitan bagi membantu siasatan.

Iklan

Mayat dihantar Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk proses bedah siasat.