Lelaki terperanjat separuh badan isteri ditelan ular sawa

Iklan
Seorang wanita maut selepas separuh badan ditelan ular sawa ketika memindahkan haiwan ternakan di kebunnya.

JAKARTA - Seorang wanita maut dalam kejadian ngeri apabila sebahagian tubuhnya ditelan seekor ular sawa sepanjang 7.8 meter di kebunnya di Kabupaten Pulau Taliabu, Maluku Utara, Selasa lalu, lapor Detikcom.

Mangsa, Elisabet Yamalau, 44, dilaporkan keluar dari rumah kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan untuk memindahkan lembunya, namun tidak pulang seperti kebiasaan.

Iklan
Iklan

Suami mangsa, Benyamin Lanto, 52, mula berasa bimbang apabila isterinya tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang.

Sehingga jam 6.15 petang, mangsa masih belum kembali ke rumah sebelum Lanto ke kebun berkenaan untuk memastikan keadaan isterinya.

Iklan

Sebaik tiba di lokasi, Lanto mendapati, isterinya sedang diterkam seekor ular sawa gergasi, malah sebahagian besar tubuh mangsa telah berada di dalam mulut reptilia berkenaan.

Suami mangsa cuba menyelamatkan isterinya dengan memotong kepala ular menggunakan peralatan yang terdapat di kawasan tersebut.

Iklan

Bagaimanapun, Elisabet disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jenazah mangsa kemudian dibawa pulang ke rumah untuk urusan pengebumian.

Ketua Polis Pulau Taliabu, AKBP Adnan Wahyu Kashogi, mengesahkan kejadian tersebut dan menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti di kebun atau kawasan hutan, terutama pada musim hujan.