Pemandu arah alami ‘hypo’, keletihan ketika mendaki Gunung Irau

Iklan
Pasukan bomba memberikan rawatan awal dan bantuan makanan kepada mangsa mengalami gejala hipoglisemia (hypo) dan keletihan ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Irau di sini awal pagi Ahad. Foto Bomba Pahang.

CAMERON HIGHLANDS - Seorang pemandu arah pendakian mengalami gejala hipoglisemia (hypo) dan keletihan ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Irau di sini awal pagi Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.05 tengah malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelaki berusia 35 tahun itu bersama seorang lagi pendaki berada di Check Point 2 atau Camp Valley ketika menunggu bantuan pasukan penyelamat.

Beliau berkata, seorang lagi pendaki yang bersama mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

Mohd Salahuddin menambah operasi menyelamat melibatkan 12 anggota bomba dengan bantuan lima anggota Pejabat Hutan, dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seorang Malim Gunung Pahang.

Jelasnya, pasukan penyelamat perlu berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer dari kaki gunung untuk sampai ke lokasi berkenaan.

Iklan

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati lelaki itu berada dalam keadaan selamat namun keletihan.

"Makanan dan minuman diberikan sebelum pasukan mengiringinya turun ke kaki gunung," katanya.

Menurutnya, mangsa berjaya dibawa turun dengan selamat dan operasi dikawal pada jam 2.18 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.50 pagi.